Tuesday, February 2, 2016

Teater 'Spear' : Istimewa Untuk Dewan Persuratan Melayu Pahang di Sungai Lembing.



Teater 'Spear' dipentaskan oleh kumpulan kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di bawah pimpinan Tuan Rosli Osman, Pengarah Korporat MPK dan diadakan pada Sabtu ini minggu pertama dan ketiga dan 2 kali sehari. (Sesi pagi jam 10 pagi dilakonkan dalam Bahasa Inggeris dan pada jam 3 petang dalam Bahasa Melayu.

Lokasi pementasan di Pawagan Sungai Lembing di tepi Padang Besar, PCCL Sungai Lembing, Kuantan. Harga tiket promosi RM7 seorang.

Pihak MPK menawarkan tontonan percuma kepada ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) yang berminat untuk menonton persembahan teater berkenaan pada 6hb. Feb.2016 nanti.

Semua ahli DPMP setiap cawangan dijemput menyertainya dan menghantar wakil. Sila maklumkan kehadiran dengan menghubungi 'Ifa CM' secepat mungkin di whatsapp 016-220 4242.


~ Admin.

No comments:

Post a Comment