Tuesday, December 20, 2016

'BICARA KARYA' DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG




Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) akan mengadakan satu program 'Bicara Karya' pada 22 Disember 2016 bertempat di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmah Shah Kuantan. 

Program yang membiacarakan karya penulis-penulis Pahang ini dijadualkan akan dimulakan pada jam 8.30 pagi. Pembicara terdiri daripada Dr Norazimah Zakaria (UPSI) Dr A Halim Ali (UPSI) dan Dr Mohd Mansor Abdullah (DPMP). Moderator Sdr Usman Gumanti Ibrahim (SU 2 GAPENA ).

Program ini dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah itu adalah sebahagian dari kegiatan Dewan Persuratan Melayu Pahang bagi tahun ini.

Ketua 1 Dewan Persuratan Melayu Pahang, Dato' Mohd Mansor Abdullah berharap peminat-peminat sastera di sekitar Kuantan dan seluruh negeri Pahang agar dapat hadir beramai-ramai di majlis berkenaan bagi memeriahkan penulisan dan kesusastraan negeri Pahang.


Ketua 1 DPMP (2 dari kanan) bersama barisan AJK ketika lawatan ke
Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Pahang tidak lama dulu.


Wednesday, March 23, 2016

Bengkel Puisi Anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang Pada 1 - 3hb April 2016

 


Bengkel Puisi Anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang akan diadakan pada 1-3hb April 2016 di Mega View Hotel, Kuantan.


Jadual:
1.4.2016 jam 3.00 Petang - Pendaftaran / Semua peserta yang memilih untuk menginap di hotel diminta melapor diri.

1.4.2016 jam 8.30 malam - Semua peserta akan makan malam dan sesi taklimat.


Peserta:
1. Hashim Zabidi
2. Kelompen Koe

3. A Rafar Mohd
4. Mohd Arif

5. Fatinilam Sari Novelis
6. Antasya Balkis

7. CT Nurza
8. Mariatul Zaihan

9. Mestika Pancadelima
10.Mel Melankolia

11.Rahim Aly
12.Pelita Di Dalam Kaca

13.Ifa CM
14. Dr A Halim Ali

15. Dr Mohd Mansor Abdullah
16. Rahman Haji Yusof

17. Hashim Ismail
18. Haji Nordin Salleh

19. Asmui Mustapa
20. Che Norsiah

21. Azam Abd Rahman
22. Wan Thuwaibah

23. Rosni Malaysia
24. Noor Lela Md Taib

25. Hasnah Yusoff
26. Saedah Md Shariff



Pembimbing:
Datuk Prof Rahman Shaari.


Setiap peserta bengkel diminta menyediakan 3 buah puisi dan hantar kepada e-mel Dato Mohd Mansor Abdullah sebelum Isnin 28.3.2016 ~ (pmansor@hotmail.com)

Puisi-puisi itu akan disemak terlebih dahulu oleh pembimbing dan dibincangkan semasa bengkel, seterusnya dimuatkan dalam sebuah antologi puisi kelak.

Tuesday, February 2, 2016

Teater 'Spear' : Istimewa Untuk Dewan Persuratan Melayu Pahang di Sungai Lembing.



Teater 'Spear' dipentaskan oleh kumpulan kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di bawah pimpinan Tuan Rosli Osman, Pengarah Korporat MPK dan diadakan pada Sabtu ini minggu pertama dan ketiga dan 2 kali sehari. (Sesi pagi jam 10 pagi dilakonkan dalam Bahasa Inggeris dan pada jam 3 petang dalam Bahasa Melayu.

Lokasi pementasan di Pawagan Sungai Lembing di tepi Padang Besar, PCCL Sungai Lembing, Kuantan. Harga tiket promosi RM7 seorang.

Pihak MPK menawarkan tontonan percuma kepada ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) yang berminat untuk menonton persembahan teater berkenaan pada 6hb. Feb.2016 nanti.

Semua ahli DPMP setiap cawangan dijemput menyertainya dan menghantar wakil. Sila maklumkan kehadiran dengan menghubungi 'Ifa CM' secepat mungkin di whatsapp 016-220 4242.


~ Admin.

Monday, January 25, 2016

Kunjung Hormat Ke Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang



Kuantan 20.1.2016 - Delegasi Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) yang diwakili Ketua 1 YH Dato' Profesor Mohd Mansor Abdullah, Setiausaha, Bendahari, Pegawai Seranta serta Pn Ifa telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang pagi tadi.

Masa selama hampir 1 jam dimanafaatkan untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat diantara DPMP dengan Dato' Haji Edros Yahya, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang.

Banyak yang dibincangkan antaranya mengenai kerjasama dan perancangan event kebudayaan bertaraf antarabangsa yang akan dilaksanakan oleh DPMP dengan kerjasama kerajaan dan kementerian tidak lama lagi.




Friday, January 22, 2016

Lawatan Ke Perpustakaan Nasional Singapura




Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) akan mengadakan lawatan ke Perpustakaan Negara Singapura pada 11,12 dan 13hb Februari 2016.

Penyertaan lawatan adalah terbuka kepada Ahli Jawatankuasa dan Ahli-ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) yang berminat.

Aturcara yg dicadangkan adalah seperti berikut:

Khamis
1. Pertemuan muhibbah dgn Asas50
2. Pertemuan muhibbah dgn wakil Majlis Bhs Melayu S'pura

Jumaat
1. Lawatan ke Taman Warisan Melayu (pusat sumber dan mini muzium)
2. Lawatan ke Madrasah (lihat sistem pengajian di sana)
3. Lawatan ke sebuah sekolah pemerintah

Sabtu
1. Lawatan ke 3 buah perpustakaan pelbagai sasar
2. Acara pelancaran
3. Opsyenal ke muzium

Antara yang mengesahkan penyertaan lawatan adalah seperti senarai berikut:

1. Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Mansor Abdullah
2. Tuan Haji Rahman Haji Yusuf
3. Tuan Kamaludin Endol
4. Abg Nan Smart
5. Abg Adi Cakrawala
6. Alifah Che Mat 
7. Kak Mel
8. Kelompen Koi

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut boleh hubungi nombor whatsapp Alifah Che Mat: 016-220 4242


~ Admin.





Thursday, January 21, 2016

Ahli Jawatankuasa DPMP 2016 - 2017


Berikut adalah Ahli Jawatankuasa dan Jawatankuasa dilantik, berserta portfolio biro-biro dalam Dewan Persuratan Melayu Pahang sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat AJK DPMP 1/2016 pada 16hb. Januari 2016 lalu.


1. Dato' Prof. Mohd Mansor Abdullah,
(Ketua 1)

2. Dato' Dr. Ahmad Munawar ~ Biro Perhubungan Antarabangsa
(Ketua 2)

3. Hj Mohamad Hashim Ismail ~ Biro Keahlian dan Kebajikan
(Setiausaha Satu)

4. Abd Rahman Hj Yusof ~ Biro Kewangan dan Ekonomi
(Bendahari Kehormat)

5. Abd Azam Abd Rahman ~ Biro Penerangan dan Seranta.
(Pegawai Seranta)

6.Kamaluddin Endol ~ Biro Pengembangan Bahasa, Sastera dan Budaya
(Jawatankuasa) (Dilantik)

7. Dato' Zainuddin Jumaat,
(Jawatankuasa)

8. Dato' Sheikh Badar,
(Jawatankuasa)

9. Dr. Abd Halim Ali
(Jawatankuasa)

10. Abu Bakar Ahmad
(Jawatankuasa)

11. Asmui Mustafa
Jawatankuasa

12.Hj Muhamad Hj Abdullah,
Jawatankuasa.

13.Mohd Arif Talib,
(Jawatankuasa)

14.Alifah Che Mat
(Jawatankuasa) (Dilantik)